Pengalaman Makan Steamboat di Kelantan - Steamboat and Grill Food Village, Pengkalan Chepa

Pencarian steamboat and grill di kelantan kali ini aku mencuba Thai BBQ and Steamboat di Food Village,PC, Kelantan. Apa yang menarik disini adalah...

Jika bercakap mengenai Restoren Steamboat and Grill, sudah pasti buat masa ini 'bench mark' aku adalah Seoul Garden yang harga tak berapa nak murah tu.

Untuk kali ini, aku pulang ke Kelantan untuk sekian kalinya jadi aku ingin mencuba Restoren Steamboat and Grill yang ada sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Setelah beberapa restoren yang aku cuba cari di internet akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba Food Village Steamboat and Grill yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kampung Baung, 16100 Kota Bahru, Kelantan, Malaysia | Lokasi GPS

Steamboat and Grill di Food Village sebenarnya adalah gaya Thai BBQ & Steamboat yang dipanggil Chim Chum.

Pilihan Makanan di Food Village

Untuk pilihan makanan untuk di Grill, apa yang aku perasan yang ada:
  • Ayam
  • Sotong
  • Udang
  • Daging
  • Fish Ball, Hot Dog dan seangakatan dengannya
Untuk pilihan makanan yang telah tersedia dan terus boleh dimakan - kualiti rasa yang boleh tahan sedap juga.
  • Nasi goreng
  • Mee/Bihun/Kuey Teow Goreng
  • Mee Celup
  • Laksa
Untuk grill tiada daging kambing ketika lawatan aku untuk makan-makan.

Untuk Steamboat pula biasa tempat yang aku pernah pergi sebelum ini mereka gunakan Tom Yam, tetapi di Food Village PC mereka gunakan seperti Sup (maaf aku tak pasti sebab warnanya jernih aje).

Apa Yang Menarik Di Restoren Food Village Steamboat and Grill?

Yang menarik pada pendapat aku adalah rasa makanan yang telah tersedia kerana rasanya agak sedap kalau nak dibandingkan di sesetengah tempat yang aku pernah makan.

Jadi kalau ke sini, boleh la anda mencuba makanan-makanan yang telah tersedia itu selain daripada steamboat dan grill.

Pengalaman steamboat and grill di Food Village bagi aku adalah biasa-biasa sahaja.


Gaya grill dan steamboat menggunakan arang - jadi agak berpeluh juga sebelum dapat makan.

Paling yang aku rasa tak berapa nak menarik adalah apabila bahagian untuk grill berada ditengah-tengah 'lautan' yang membuatkan selalu makan yang aku grill jatuh ke dalam kuah steamboat.

Dari segi keselesaan ketika makan - aku berpuah hati apabila makan bersama 2 orang anak dan isteri.

Sebab biasalah apabila makan bersama anak-anak kecil ada ketika mereka akan mahu bermain ketika kita menjamu selera. Jadi kawasan makan juga tidak terlalu padat jadi agak selesa.

Kolam ikan membuatkan anak lelaki aku tak nak pulang sebab dapat tengok banyak ikan dalam kolam tu secara dekat.

Harga Makan di Food Village

Makan 2 Dewasa, 2 kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Jumlah RM50. Sebab tak tanya banyak jadi aku buat anggapan RM25/dewasa.

Galeri Gambar di Food Village, PC, Kelantan


A post shared by Mazuki Mustaffa (@mazukiblog) on
Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Pengalaman Makan Steamboat di Kelantan - Steamboat and Grill Food Village, Pengkalan Chepa
Pengalaman Makan Steamboat di Kelantan - Steamboat and Grill Food Village, Pengkalan Chepa
Pencarian steamboat and grill di kelantan kali ini aku mencuba Thai BBQ and Steamboat di Food Village,PC, Kelantan. Apa yang menarik disini adalah...
https://4.bp.blogspot.com/-JwBXxuTLMt8/WRs8XpuNU3I/AAAAAAAAC6k/g5goBXz3jUIj95AFHCUKA9M8ujAG8WlKACLcB/s200/steamboat%2Band%2Bgrill%2Bdi%2Bkelantan%2B-%2Bfood%2Bvillage.PNG
https://4.bp.blogspot.com/-JwBXxuTLMt8/WRs8XpuNU3I/AAAAAAAAC6k/g5goBXz3jUIj95AFHCUKA9M8ujAG8WlKACLcB/s72-c/steamboat%2Band%2Bgrill%2Bdi%2Bkelantan%2B-%2Bfood%2Bvillage.PNG
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/05/pengalaman-di-steamboat-and-grill-food.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/05/pengalaman-di-steamboat-and-grill-food.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content