Perancangan Bercuti Hari Keluarga Ke Melaka 3 Hari 2 Malam

Ikuti Perancangan bercuti di Melaka (Hari Keluarga) kami dengan jumlah 36 orang ahli kesemuanya dalam sebuah bas yang menarik

Untuk pertama kalinya keluarga kami untuk merancang untuk membuat hari keluarga. Hari keluarga yang dirancang ini mungkin yang besar kerana kami fokus untuk semua ahli sertai.

MISI UNTUK SEMUA BERKUMPUL

Saya mempunyai 6 adik beradik dan kesemua daripada kami telahpun mempunyai anak-anak.

Jadi amatlah sukar untuk kami mempunyai peluang untuk berkumpul sekali dalam satu masa. Walaupun pada hari raya kami masih tidak mampu untuk berkumpul sekali ramai-ramai. Lebih-lebih lagi selepas ketiadaan kedua ibubapa kami.

Proses Perancangan

Ahli keluarga kami berada di Terengganu - 4 keluarga, masing-masing 1 keluarga di Pahang dan 1 di Kuala Lumpur.

Setelah dikira kesemuanya:
Ibubapa: 12
Anak-Anak: 22
Jumlah: 34 orang

Pada peringkat awal perancangan kami hanya untuk membuat hari keluarga di Kuantan, Pahang ataupun di Cherating, Pahang.

Setelah melakukan hasil perbincangan dan rundingan dalam Group Whatsapp keluarga. Akhirnya tercetus untuk melakukan hari keluarga di Melaka.

Halangan - Hari Keluarga di Melaka

Halang utama dalam misi percutian keluarga ke Melaka ini adalah jumlah yang ramai dan lokasi yang jauh.

Jika kami pergi berasingan pastinya sedikit sebanyak akan menambahkan masalah.

Jadi kami sepakat untuk menyewa bas untuk pergi ke Bercuti di Melaka.

p/s: Walaupun begitu masalah memberikan masalah jika mempunyai anak-anak yang terlalu kecil jika menggunakan bas.

Merancang Aktiviti Hari Keluarga di Melaka

#1 Baju Hari Keluarga - Untuk memberikan kenangan kepada aktiviti hari keluarga kami yang pertama ini, kami telah menempah baju untuk hari keluarga - dari kecil sampai ke tua semua warna dan design yang sama.

Untuk menempah baju pastinya design menjadi masalah kepada anda bukan? Tapi pada hari ini, kebanyakkan kedai pritting baju telah biasa menerima tempahan untuk hari keluarga jadi hanya pergi ke kedai printing baju dan pilih design yang telah tersedia.

Harga Kos Baju lebih kurang +-RM20 sahaja untuk baju dewasa.

Anggaran kos Baju: RM680

#2 Tempat Penginapan Menarik Untuk Keluarga Besar di Melaka - Penginapan pula diuruskan oleh ahli keluarga kami yang tinggal di Kuala Lumpur. Kami telah memilih untuk menginap di A'Famosa Villa with Private Pool.

Kos Penginapan 3 Hari 2 Malam: RM2090

#3 Tempahan Pengangkutan [Bas] - Bas pula kami sewa yang paling dekat dengan kami dan yang selesa untuk semua orang memandangkan perjalanan ke Melaka yang agak jauh.

Harga bas pula telah termasuk dengan segala-segalanya - maknanya kami bayar dan urusan lain semuanya pihak penyewa yang setelkan. 

Kami hanya naik sahaja tiada lagi additional cost termasuk minyak, tol dan penginapan driver bas.

Dengan melancong menaiki bas dapatlah diri ini untuk merehatkan diri. Apabila melancong dalam negeri ke tempat yang jauh pada kebiasaannya pemanduan ketika pulang adalah paling memenatkan.

Harga: RM3000

#4 Tempat Menarik Di Melaka - Mungkin pergerakan dari satu tempat ke satu tempat akan menjadi sedikit sukar kerana kami pergi menaiki bas.

Kesukaran yang saya maksudkan adalah kita tidak boleh sesuka hati untuk ke sana ke sini dengan bebas.

Tetapi itulah objektif utama untuk kami sekeluarga sentiasa berada dalam kumpulan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Paling penting sekali adalah hubungan anak-anak dengan sepupu-sepupu dan hubungan anak-anak dengan bapa/ibu saudara mereka dapat dieratkan.

Tempat Mandi Manda di Melaka

Melaka sememangnya terkenal dengan tempat mandi-manda seperti:

  • Melaka Wonderland
  • A'Famosa Water Theme Park
Melaka Wonderland - Terletak di Ayer Keroh Melaka dibuka pada 2010. Terdapat 16 permainan menarik yang ditawarkan dalam keluasan tempat 16 hektar dan menelan belanja RM80juta pembinaannya.

A'Famosa Water Theme Park - Water Theme Park pertama yang wujud di Melaka yang terletak di Alor Gajah Melaka. Jadi jangan salah faham A'Famosa Theme Park bukannya berdekatan dengan A'Famosa.

Kami memilih untuk pergi ke A'Famosa Water Theme Park.

Harga Tiket | Dewasa | RM32 
Harga Tiket | Kanak-Kanak | RM 27
Harga pada hujung minggu. 

Anggaran: RM 1000

Aktiviti Malam di Melaka

Malam Pertama - Untuk pada malam pertama kami sampai di Melaka, perancangan kami adalah untuk mengadakan BBQ ditepi kolam renang dimana tempat kami menginap.

Pelbagai perancangan sudah dibuat yang paling penting seorang kambing perap dari KL untuk dipanggang.

Malam Kedua - Pada malam kedua perancangan untuk ke Pekan Cowboy - A`Famosa Resort Malacca. Diharap aktiviti disini akan dapat menceriakan anak-anak kecil kami.

Harga Tiket: Dewasa - RM59 | Kanak-Kanak - RM48

Anggaran Total: RM1888

Berapa Total Kos Untuk Percutian Di Melaka Keluarga Kami?

Jumlah keseluruhan yang saya tulis di atas RM 8658. Kami buat keputusan untuk membayar bukan mengikut ahli keluarga tetapi agihan bayaran dibuat mengikut keluarga, bermakna dibahagikan kepada 6 beradik sahaja.

So, Total Seorang untuk Percutian Keluarga di Melaka : RM 1500

Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Perancangan Bercuti Hari Keluarga Ke Melaka 3 Hari 2 Malam
Perancangan Bercuti Hari Keluarga Ke Melaka 3 Hari 2 Malam
Ikuti Perancangan bercuti di Melaka (Hari Keluarga) kami dengan jumlah 36 orang ahli kesemuanya dalam sebuah bas yang menarik
https://1.bp.blogspot.com/-p2cflDXxNWo/WisTBeDvncI/AAAAAAAADYE/rxx-0IN-uDoyrg2FrvelCc7IilJundU3QCLcBGAs/s320/rancangan%2Bpercutian%2Bhari%2Bkeluarga%2Bdi%2Bmelaka.png
https://1.bp.blogspot.com/-p2cflDXxNWo/WisTBeDvncI/AAAAAAAADYE/rxx-0IN-uDoyrg2FrvelCc7IilJundU3QCLcBGAs/s72-c/rancangan%2Bpercutian%2Bhari%2Bkeluarga%2Bdi%2Bmelaka.png
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/12/rancangan-bercuti-melaka.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/12/rancangan-bercuti-melaka.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content