Tentang

Selamat datang ke MazukiBlog - Laman yang akan membantu anda bagaimana untuk buat duit online khasnya melalui blog.

Saya Mazuki Mustaffa dan bukanlah seorang 'full time blogger' namun saya mempunyai pengalaman dalam menghasilkan duit secara online melalui blog-blog saya pada ketika saya bergelar pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Saya bukanlah seorang pelajar dari jurusan internet mahupun komputer tetapi saya belajar dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal ketika di UTM [Kini saya seorang Jurutera Projek dalam Bidang Oil&Gas].

Pencarian Bermula

Saya sememanya mempunyai minat yang mendalam untuk membina website namun disebabkan keluarga saya bukanlah dari golongan yang senang dan saya tidak pernah mempunyai komputer dan internet pada zaman sekolah rendah saya. Saya hanya mengenali apa itu emel pada tingkatan 1 namun pada waktu itu masih belum tahu apa itu blog.

Pada tahun 2007, saya telah membeli satu domain beserta hosting untuk membina website bersama seorang rakan. Bagaikan itik dan ayam, kedua-dua antara kami langsung tidak mengetahui bagaimana untuk membina website. Pelbagai cara kami cuba untuk usahakan dan kami mula berputus asa. Akhirnya domain dan hosting itu dibazirkan begitu sahaja dan tidak saya perbaharui.

Pencarian saya mengenai bina website dengan domain sendiri ini diteruskan sambil-sambil mengakses internet sehinggalah pada satu hari, saya mendapat tahu berkenaan bina website dengan domain sendiri boleh menggunakan perisian wordpress. Tetapi bagaimanakah caranya?

Disini saya bermula dengan mencari info dan maklumat diforum dan internet. Namun masih tidak jelas dek kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas berkenaan webmaster ini. Akhirnya saya membeli beberapa e-book dan menjalani personal coaching melalui internet untuk membina blog dengan domain .com saya sendiri pada 2009.

Anda bertuah kerana tidak perlu untuk membeli ebook mahupun mengupah personal coaching untuk mendapatkan web .com anda sendiri. Saya telah carikan tutorial lengkap untuk memasang wordpress untuk anda.

Hobi Menjana Pendapatan Sampingan

Blog pertama saya pada September 2009 adalah Selangor2u. Blog ini boleh dikatakan blog yang saya jadikan tempat latihan saya untuk saya cuba jaya dalam bidang blogging. Setelah setahun dengan konsisten saya berblog akhirnya saya menjana pendapatan yang stabil dengan blog berkenaan. Pernah pada satu masa saya mempunyai penulis seramai 5 orang untuk blog berkenaan ketika saya menuntut di UTM.

Penulis itu pula dikalangan rakan-rakan saya. Mereka diberikan akses internet percuma (wifi) dan dibayar setiap artikel yang mereka tulis di selangor2u.

Minat saya mengenai blogging telah memberikan saya pendapatan sampingan, menjadikan saya tidak mengalami masalah kewangan ketika zaman belajar saya.

Kenapa Mazuki Blog?

Website ini saya dedikasikan kepada golongan seperti saya satu masa dahulu yang mencari-cari arah tuju atau jalan yang betul untuk bermula menghasilkan wang secara online. Disebabkan saya telah melaluinya saya memahami apa yang golongan yang baru dalam dunia blogging ini cari.

Jadi perkongsian pengalaman dan ilmu blogging secara percuma ini saya harap dapat membantu anda diluar sana turut menjana pendapat sekurang-kurangnya sebagai pendapatan sampingan.

Dengan itu saya telah membuat satu laman khas untuk membimbing anda dengar sekadar ilmu yang ada dengan saya.



Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
static_page
My Family Outdoor: Tentang
Tentang
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/p/mengenai-mazuki-blog.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/p/mengenai-mazuki-blog.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content