Belajar SEO - Perkara-perkara Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berblog

Belajar SEO - Rujukan perkara asas yang perlu anda tahu sebelum membuat penulisan di blog untuk dapatkan maksimum pelawat ke blog

Belajar Asas SEO

Apa Itu SEO?

Search Engine Optimization (SEO) - proses memaksimumkan jumlah pengunjung ke laman web tertentu dengan memastikan bahawa laman web tersebut muncul pada tahap paling tinggi dalam senarai hasil carian yang dikembalikan oleh enjin carian.
  1. Daftar Emel - Gmail
  2. Daftar Google Analytic
  3. Daftar Google Webmaster Tool
Sebelum meneruskan pembacaan yang apa bakal saya sampaikan dalam artikel ini, saya sarankan anda untuk mendaftar senarai pautan yang saya berikan diatas. Jika sudah, ayuh kita bermula!!!

Panduan Asas SEO untuk Blogger Baharu

Perkara yang perlu anda tahu adalah bahawa SEO bukan peluru ajaib. Tiada siapa tahu bagaimana algoritma yang google gunakan untuk 'search engine' mereka. Apa yang mampu yang kita lakukan adalah mengoptimumkan langkah-langkah asas yang mampu kita lakukan. Perkara-perkara yang saya senaraikan ini adalah perkara yang asas setiap kali anda membina website yang baru.

Jangan terlalu tertekan dengan teknik-teknik SEO ini, janji anda lakukan perkara asas SEO yang saya cuba sampaikan. Masa akan menentukan dan website anda akan disenaraikan oleh google apabila anda membuat carian di google.com

Menulis 'Title' dan 'Description' Untuk Blog

Pastikan anda menulis tajuk dan penerangan blog anda dengan baik. Dalam tajuk dan penerangan blog kita perlulah menggunakan kata kunci yang betul yang cuba kita sasarkan. Walaupun begitu, pada sesetengah blog saya, saya tidak begitu tekankan untuk menulis kata kunci yang begitu spesifik kerana apa yang lebih penting adalah blog kita nampak lebih semulajadi.

Jika terlalu menekankan kepada kaca kunci untuk enjin carian, maka penerangan blog tidak lagi tampak semulajadi dan jika terlalu berlebihan akan menjadi 'SPAM' kata kunci.

Tajuk dan penerangan ini akan digunakan oleh enjin carian seperti google untuk memaparkan ringkasan cerita blog anda. Saya mengambil contoh tajuk dan penerangan yang dilakukan di blog paultan.org

Tajuk dan Penerangan di laman blog paultan.org

Tajuk dan penerangan blog beliau tidak mempunyai kata kunci yang khusus dan tidak terlalu menitik beratkan untuk fokus pada satu-satu kata kunci.

Contoh tajuk dan Penerangan blog untuk MazukiBlog
Dalam gambar ini saya mengambil contoh platfom blogger yang saya gunakan. Pergi ke menu Setting >> Basic dan anda boleh menulis tajuk dan pengerangan blog disini. Privacy - pastikan anda pilih 'Visible to search engines' untuk membenarkan enjin carian mengindeks blog anda.

Wordpress juga mempunyai fungsi yang sama dan anda boleh lihat dalam 'admin area' yang disediakan. Rujuk Cara Buat Blog Wordpress.

Hantar Blog ke Google Webmaster Tool

Gmail - Disebabkan kebanyakan perkara yang kita lakukan berkaitan dengan SEO adalah dimiliki oleh google maka sebab itu saya sarankan untuk membuka akaun gmail. Kerana segalanya 'tools' yang bakal kita gunakan hanya perlu untuk log masuk dengan emel yang sama.

Google Analytics - Apabila anda menghantar url blog anda di 'Webmaster Tools' anda perlu untuk membuat pengesahan blog berkenaan. Salah satu cara untuk membuat pengesahan adalah menggunakan 'google analytics'.

Anda perlu memasukan kod yang diberikan oleh 'google analytics' ke dalam blog anda.
Pergi bahagian Admin >> Create new account


Isi maklumat blog anda sepertimana yang dikehendaki.

Setelah selesai, anda akan diberikan 'website tracking' untuk anda masukan kedalam blog anda.
Saya hanya menggunakan 'widget HTML/Javascript'
Untuk memudahkan anda tanpa perlu memasukan kod ini ke dalam 'theme' anda, saya hanya menggunakan 'widget HTML/Javascript'. Sebaik-baiknya adalah diletak pada bahagian 'footer' blog

Google Webmaster Tools - menggunakan akaun gmail yang sama, anda hanya perlu login ke 'webmaster tools' dan hantar blog anda disini. Pada panel kawalan 'webmaster tools' terdapat pelbagai fungsi yang boleh dijadikan rujukan berguna untuk anda menganalis blog anda.

Sitemap.xml - di 'webmaster tools' juga anda perlu menghantar sitemap.xml untuk membantu google mengindeks artikel-artikel blog anda. 
Untuk blogger, anda hanya perlu menulis http://bloganda.blogspot.com/sitemap.xml.
Manakala untuk wordpress anda boleh gunakan 'Yoast SEO Plugin' - dalam plugin ini terlalu lengkap untuk SEO blog anda untuk dilakukan. Hanya ambil sedikit masa untuk membaca arahan yang diberikan.

 'ADD A PROPERTY' pada sebelah kanan
 Pada ruangan panel ini pilih 'ADD A PROPERTY' pada sebelah kanan kemudian lakukan seperti dalam gambar diatas kemudian 'Continue'

'ADD/TEST SITEMAP'
Disebabkan anda telahpun memasukan kod 'google analytics' ke dalam blog anda seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda tidak lagi perlu untuk membuat proses pengesahan.

Hantar sitemaps - pergi ke ruangan 'sitemaps' seperti paparan diatas kemudian klik 'ADD/TEST SITEMAP'. Hanya perlu tulis sitemap.xml kemudian 'Submit'.

Url untuk sitemap blog anda
Anda telahpun berjaya untuk menghantar kepada google untuk mengindeks artikel-artikel dalam blog anda. Setelah langkah pertama ini selesai kita akan teruskan belajar seo dalam penulisan artikel.

Tiada jalan pintas saya lakukan untuk buat duit Rm30k secara online. Namun segala usaha yang dilakukan adalah berbaloi dan minat adalah kunci utama untuk anda tidak berputus asa dan terus berusaha. Dengan kejayaan yang pernah saya lakukan, saya cuba untuk berkongsi dalam Bimbingan Lengkap - Cara Buat Duit Online.
Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Belajar SEO - Perkara-perkara Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berblog
Belajar SEO - Perkara-perkara Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berblog
Belajar SEO - Rujukan perkara asas yang perlu anda tahu sebelum membuat penulisan di blog untuk dapatkan maksimum pelawat ke blog
https://4.bp.blogspot.com/-wjvCfiQni6A/V1LCyuFfBAI/AAAAAAAACAI/nc0C3DA7_j8O6yH1x0bEnceuSD8uXuqUwCLcB/s320/belajar%2Bseo%2Bdengan%2Bpakar%2Bseo%2B1.PNG
https://4.bp.blogspot.com/-wjvCfiQni6A/V1LCyuFfBAI/AAAAAAAACAI/nc0C3DA7_j8O6yH1x0bEnceuSD8uXuqUwCLcB/s72-c/belajar%2Bseo%2Bdengan%2Bpakar%2Bseo%2B1.PNG
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2016/06/belajar-seo-perkara-perkara-asas-yang.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2016/06/belajar-seo-perkara-perkara-asas-yang.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content