Pengalaman Melawat Muzium Negeri Terengganu - Apa yang Ada Dalam Muzium Terbesar Asia Tenggara Ini?

Pada hujung minggu yang lalu [9 Sept 2017], berkesempatan untuk membawa isteri serta 3 orang anak aku ke Muzium Negeri Terengganu. Seben...

Pada hujung minggu yang lalu [9 Sept 2017], berkesempatan untuk membawa isteri serta 3 orang anak aku ke Muzium Negeri Terengganu.

Sebenarnya kali pertama dan terakhir pernah aku sampai ke sini adalah pada zaman sekolah rendah dulu. Kira-kira 20 tahun yang lalu - aku sendiri pun sudah tidak mampu ingat apa yang lihat ketika berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu ketika itu.

Info Muzium Terengganu
Kawasan sebenar muzium ini sememangnya sangat luas dan dikatakan muzium terbesar di Asia Tenggara.

Antara galeri yang ada di sini adalah galeri senjata tradisional, tekstil dan tenunan, seni kraf, alat kebesaran diraja, ilmu dan kejadian dan beberapa lagi yang tak sempat untuk aku ingat.

Pelan Lokasi Muzium Negeri Terengganu. Kredit: agarakutidaklupa.blogspot.com
Pelan lokasi diatas mungkin boleh menunjukan paparan keseluruhan untuk Muzium Negeri Terengganu.

Lokasi GPS
Untuk mengelakkan anda mengalami masalah macam aku tempoh hari, berikut adalah gambaran muka masuk muzium negeri.

Jika anda cari lokasi menggunakan Google Map, arah yang ditunjukkan adalah di bahagian pintu belakang muzium. Jadi yang pintu masuk sebenar adalah seperti dibawah:

Lokasi Pintu Masuk Utama Muzium Negeri [GPS Direction].

Jika menggunakan Waze, tidak menjadi masalah kerana arah ditunjukkan tepat pada pintu masuk utama Muzium Negeri Terengganu.

Waktu Operasi
Hari Sabtu hingga Khamis
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Jumaat
- bermula jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
- dibuka semula pada jam 3.00 petang - 5.00 petang

Hari Kelepasan Am
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

- ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

*Berdasarkan pengalaman aku ke sana, untuk aktiviti luar mereka benarkan sehingga 6 petang tetapi untuk lawatan dalam bangunan utama muzium tetap pada 5 petang sahaja.

Koleksi Gambar

Untuk album penuh sila ke facebook aku [Mazuki Travel Blog]

Ringkasan

Aku ke sana bersama 3 orang anak berusia 4, 2 dan 3bulan. Jadi sebenarnya tiada apa yang bersejarah yang mampu aku ceritakan untuk menarik minat anak-anak aku. Tapi untuk diri sendiri satu perkara yang baik juga.

Jadi apa yang paling diorang ingat adalah aktiviti luar muzium dengan memberi ikan-ikan makan. Boleh beli makanan ikan ini dengan harga RM2 satu bekas di balai pengawal di kawasan kolam berkenaan.

Dalam muzium ada lebih kurang 3 tingkat tanpa lif. Jadi anda boleh bayangkan dengan membawa stroller anak ke sini.

Harga Tiket RM 5 untuk Dewasa dan tiada cas untuk anak-anak kecil kami.

TOTAL: RM12 (Rm2 untuk makanan ikan)
Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Pengalaman Melawat Muzium Negeri Terengganu - Apa yang Ada Dalam Muzium Terbesar Asia Tenggara Ini?
Pengalaman Melawat Muzium Negeri Terengganu - Apa yang Ada Dalam Muzium Terbesar Asia Tenggara Ini?
https://4.bp.blogspot.com/-mEDExd2D6Yo/WbgB57Zz1lI/AAAAAAAADCA/uXl7PqXnv9sCVJIELLkNWZbyqleQ7z0xACLcBGAs/s640/muzium%2Bnegeri%2Bterengganu.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-mEDExd2D6Yo/WbgB57Zz1lI/AAAAAAAADCA/uXl7PqXnv9sCVJIELLkNWZbyqleQ7z0xACLcBGAs/s72-c/muzium%2Bnegeri%2Bterengganu.jpg
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/09/muzium-negeri-terengganu-apa-yang-menarik.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/09/muzium-negeri-terengganu-apa-yang-menarik.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content