Pengalaman Menaiki River Cruise di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam Di Kuala Terengganu

Masjid Kristal dan Taman Tamduan Islam di Kuala Terengganu adalah lokasi yang sesuai untuk dilawati bersama anak-anak. Pengalaman menaiki River Cruise dengan bayaran

Tidak lengkap kiranya sebagai anak jati Terengganu tidak berkunjung ke Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Aku dan isteri beserta anak dibawah umur 6 tahun telah berkunjung ke sana pada awal tahun 2017 tempoh hari.

Untuk makluman anda semua, aku mungkin boleh kategorikan kepada 3 bahagian di tempat ini:
1. Masjid Kristal - Tidak Berbayar
2. River Cruise - Berbayar
3. Taman Monumen - Berbayar

Jika ingin singgah untuk solat, masuk di kawasan ini adalah percuma dan boleh pusing-pusing atau lepak-lepak di taman luar ini.

Seterusnya elok kiranya untuk aku berkongsi beberapa info yang menarik berkenaan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam ini.

1. Info dan Sejarah Pembinaan Taman Tamadun Islam, Terengganu

Pada 2005, Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan kan penubuhan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Hasil ilham perdana menteri ini telah dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Projek ini mengambil masa selama 3 tahun untuk dibina dan dibuka pada 3 Feb 2008 dengan keluasan 22.3 hektar.

Jumlah pembelanjaan untuk pembinaan Taman Tamadun Islam ini adalah RM 249.3 Juta.

Ciri utama taman ini adalah ingin bercirikan Islam yang pertama di dunia dimana kesenian dan reka bentuk replika monumen Islam.

Terdapat 22 buah replika (masjid, monumen dan tugu) yang ada dalam Taman Tamadun Islam ini. Replika ini dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.
  1. Masjid Abu Nasr Parsa - Afghanistan
  2. Masjid an-Nabawi - Arab Saudi
  3. Masjidil Haram -  Arab Saudi
  4. Masjid Sultan Omar Ali Saifudin - Brunei
  5. Masjid Xian - China
  6. Taj Mahal - India
  7. Masjid Kudus Al-Minar - Indonesia
  8. Masjid Sheikh Lutfallah - Iran
  9. Masjid Besar Samarra - Iraq
  10. Masjid Negara - Malaysia
  11. Masjid Mohammad Ali - Mesir
  12. Masjid Besar Agadez - Nigeria
  13. Masjid Badshahi - Pakistan
  14. Kubah As Sakhrah - Palestin
  15. Masjid Kul Shariff - Rusia
  16. Masjid Al-Hambra - Sepanyol
  17. Masjid Aleppo Citadel - Syria
  18. Masjid Pattani - Thailand
  19. Masjid Qairawan - Tunisia
  20. Masjid Suleyman - Turki
  21. Menara Kalyan - Uzbekistan
  22. Masjid Sultan - Singapore




2. Info River Cruise di Taman Tamadun Islam/Masjid Kristal

River Cruise adalah perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung untuk mengelilingi kawasan sekitar Masjid Kristal di Pulau Wan Man ini. Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan dibawa ketika menaiki bot berkenaan:

  1. TTI Jeti To’ Ku Paloh 
  2. Muzium Negeri
  3. Pulau Sekati (Sekati Island)
  4. Bukit Datu
  5. Kampung Seberang Tuan Chik Haji
  6. Jambatan Sultan Mahmud
  7. Pulau Haji Siah (Haji Siah Island )
  8. Kampung Bukit Tumbuh
  9. Pulau Api (Api Island)
  10. Seberang Takir 
  11. Pulau Duyung (Mermaid Island)
  12. Bazar Warisan 
  13. Central Market (Pasar Payang) 
  14. Warisan Island
  15. Pelabuhan Ikan
  16. Pengkalan Keropok 
  17. Crsytal Mosque 
  18. Kembali ke Jeti To’ Ku Paloh

Lebih kurang 45 minit masa untuk mengelilingi kawasan sekitar dan pemandu pelancong akan menerangkan info-info berkenaan kawasan yang disebut di atas.

Satu pendekatan yang baik kerana selama di atas bot tidaklah anda terasa "krik-krik" dengan sekadar tengok pemandangan sahaja.

A post shared by Mazuki Mustaffa (@mazukiblog) on

3. Harga Tiket Taman Tamadun Islam dan River Cruise

Harga Tiket Taman Monumen

Harga Tiket River Cruise
Pakej Taman Monumen dan River Cruise
Kalau berminat untuk ke dua-dua tempat berkenaan boleh diatas adalah pakej yang ditawarkan. Dewasa jimat lebih kurang RM8 dan kanak-kanak penjimatan dalam RM 6 untuk setiap seorang.

4. Waktu Operasi

Berikut adalah waktu operasi untuk Taman Tamadun Islam:

Pejabat Urusan
Dibuka Setiap Hari (Kecuali Jumaat)
Waktu: 8.30am - 4.30pm

Taman Monumen
900am - 7.00pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
10.00am - 7.00pm (Hari-hari lain)
*Tiket terakhir dan kemasukan adalah pada jam 1815H setiap hari.

TTI River Cruise
9.00am - 7.00pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

10.00am - 7.00pm (Hari-hari lain)
*Tiket terakhir dan kemasukan adalah pada jam 1745H setiap hari.

Restoren B'Beteng
10.00am - 11.45pm (Setiap Hari)

Taman Awam
7.00am - 12.00pm (Setiap Hari)

Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum tertentu
Taman Monumen, River Cruise dan Restoren B'Beteng ditutup pada hari Selasa kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum yang jatuh pada hari Selasa.

5. Lokasi dan GPS Taman Tamadun Islam




6. Pengalaman Kami di Masjid Kristal dan River Cruise
Ketika aku dan keluarga berkunjung ke sana, kami tidak berkesempatan untuk ke Taman Monumen dan kami sempat ke Masjid Kristal dan River Cruise.

Disebabkan 2 anak kami masih dibawah usia 7 tahun, jadi tiada cas kemasukan dikenakan.

Keadaan bot juga agak selesa untuk kanak-kanak bawah umur seperti anak kami dibawah ini.


Walaupun jaket tak berapa nak muat, tapi pakaikan ajelah....

7. Gambar di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam



Boleh tonton video diatas juga sebelum ke Masjid Kristal, Taman Monumen dan River Cruise.

8. Ringkasan
Dalam situasi aku, dengan anak masih dibawah usia 4 tahun - berkunjung ke Taman Tamadun Islam dan menikmati pengalaman menaiki bot di River Cruiser antara perkara yang mengujakan kepada anak-anak aku.

Kami tidak masuk ke Taman Monumen sebab kesuntukan masa dan dengan usia dibawah 4 tahun, apalah sangat yang mampu aku ceritakan kepada mereka untuk mereka faham.

Pastinya akan bawa kembali suatu hari nanti bila mereka bersekolah agar mereka memahami lebih tentang monumen-monumen sejarah dunia ini.

Selepas menaiki River Cruise kami ke Masjid Kristal dan membiarkan anak-anak berlari-lari di sekitar taman Masjid Kristal.

Disebab aku hanya tinggal di Dungun jadi kami tidak perlukan penginapan - terus pulang ke Dungun.

Jumlah Bajet
Minyak Kereta - RM50
River Cruise - RM 42.20 (Untuk 2 dewasa - anak bawah 7 tahun tidak perlu bayar)
Makan/dll - RM 100

TOTAL: RM200
Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Pengalaman Menaiki River Cruise di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam Di Kuala Terengganu
Pengalaman Menaiki River Cruise di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam Di Kuala Terengganu
Masjid Kristal dan Taman Tamduan Islam di Kuala Terengganu adalah lokasi yang sesuai untuk dilawati bersama anak-anak. Pengalaman menaiki River Cruise dengan bayaran
https://1.bp.blogspot.com/-5DEiEK-FVgI/WbU0DEd5zLI/AAAAAAAADBM/cnxAsqz1QjcqJo_LrtkWN2LH2C3b33DiwCLcBGAs/s320/Masjid%2BKristal.PNG
https://1.bp.blogspot.com/-5DEiEK-FVgI/WbU0DEd5zLI/AAAAAAAADBM/cnxAsqz1QjcqJo_LrtkWN2LH2C3b33DiwCLcBGAs/s72-c/Masjid%2BKristal.PNG
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/09/pengalaman-masjid-kristal-taman-tamadun-islam.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/09/pengalaman-masjid-kristal-taman-tamadun-islam.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content