Pemilihan Topik dan Idea Penulisan Blog

Idea Penulisan Blog yang boleh membantu blogger-blogger baru untuk mendapatkan ilham.

Membina sebuah blog adalah mudah tetapi untuk membuat pilihan topik yang untuk dikembangkan dalam sesebuah adalah lebih sukar. Dalam maklumat yang saya sampaikan, saya tidak menekankan secara khusus untuk buat duit daripada blog dengan menyasarkan kata kunci tertentu untuk google adsense.

Saya selalunya membeli domain dan mengarang artikel berdasarkan apa yang saya tahu dan minat dalam sesebuah topik. Pada hemat saya, sesuatu yang kita lakukan dengan minat akan memberikan kepuasan yang tersendiri.

Dengan itu, kita tidak mudah berputus asa dan terus menulis walaupun mendapatkan hasil yang tak seberapa pada permulaannya. Sebelum kita bermula dengan pemilihan topik blog anda boleh dapatkan panduan bina blog wordpress pada artikel saya sebelum ini.

1. Pemilihan Topik Blog

Saya tidak menitik beratkan dalam soal nama domain disini kerana seperti yang saya terangkan tadi - maklumat yang diberikan tidak berkisar dengan 'google adsense'. Untuk memilih topik terdapat pelbagai untuk dijadikan asas:
  • Internet dan Teknologi
    • Telefon pintar
    • Komputer
    • Website
  • Permotoran
    • Kereta
    • Motosikal/Superbike
  • Hiburan
    • Lagu
    • Gosip
    • Movie
  • Isu Semasa
    • Politik
    • Sukan
  • Kesihatan dan Perubatan
  • Ilmiah
Untuk membuka minda anda, anda boleh melihat beberapa website yang saya senaraikan nanti untuk mengambil idea untuk dijadikan panduan.

Forum paling besar dan popular di Malaysia

1.1 Forum Cari - Adalah forum yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai kategori  yang aktif disana yang boleh menjadi sumber untuk anda olah dan dijadikan idea penulisan blog anda.

Forum perbincangan isu semasa dan forex
1.2 Forum Carigold - Carigold umumnya berbincang berkenaan forex tetapi topik-topik lain juga hangat dibincangkan disana.

Forum yang banyak membincangkan gadjet di Malaysia
1.3 Forum Lowyat - Lebih menyasarkan isu berkenaan gadjet dan barang teknologi

Forum terbesar Indonesia
1.4 Forum Kaskus - Forum terbesar dari Indonesia ini membincangkan pelbagai topik. Bagus untuk dijadikan panduan dalam mengembangkan idea penulisan blog.

Yahoo Answer sesuai dijadikan panduan
1.5 Yahoo Answer - Lihat pada sebelah kiri paparan, terdapat pelbagai topik yang dibincangkan dari pelayar internet dari seluruh dunia.

5 contoh yang saya berikan ini bukan saya anda boleh jadikan panduan dalam pemilihan topik blog anda malah anda juga boleh ambil isu-isu yang dibincangkan dalam forum berkenaan untuk dijadikan artikel dalam blog anda nanti.

2. Idea Untuk Penulisan di Blog

Setelah anda tahu apa yang anda ingin sampaikan dalam blog anda, kita pergi ke langkah seterusnya untuk membuat artikel dalam blog. Pada kebiasaanya saya akan mencari idea untuk menulis dengan mencari artikel di forum-forum kemudianya saya akan olah mengikut gaya bahasa sendiri. 

'Copy' dan 'Paste' akan membuatkan artikel anda sukar untuk diindeks oleh google maka akan menyukarkan anda untuk mendapat 'organic traffic' dari enjin carian. Tip berkenaan SEO ini akan dibincangkan lebih lanjut DISINI

Idea menulis artikel blog dari yahoo answer
2.1 Yahoo Answer - Soalan yang diajukan mungkin lebih ramai juga ingin tahu jawapanya. Dari soalan berkenaan, anda lihat pada jawapan yang mempunyai 'like' yang banyak untuk dijadikan isi kandungan dalam penulisan artikel anda. Daripada persoalaan berkenaan juga anda boleh 'google' untuk dapatkan lebih maklumat.

Google Adwors - Keyword Planner
2.2 Google Adwords Keyword Planner - adalah alat yang pada asalnya dibangunkan untuk memberi idea kepada pengiklan untuk mendapatkan maklumat kata kunci yang ingin diiklankan. Setiap kata kunci yang kita cari terdapat kata-kata kunci lain yang berkait dengan kata kunci yang kita cari. Daripada sini akan memberikan idea untuk sasarkan kata kunci pada artikel yang bakal ditulis dalam blog nanti.

3. Apa Pembaca Blog Harapkan?

3.1 Penyelesaian Masalah - Pembaca blog harapkan apa yang dibaca dalam blog kita mampu untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan apa yang dicari. Sebagai seorang penulis blog pula, kita perlu berusaha ke arah itu. Jika penulisan kita berbentuk info, maka kita cuba berikan info yang terbaik kepada pembaca.

3.2 Semangat/Kesungguhan - pembaca juga mahukan kesungguhan daripada pemilik blog dalam topik/artikel yang cuba disampaikan. Jika penulis mampu untuk mendapatkan rasa hormat/kagum daripada pembaca maka anda akan mendapat pelawat yang berulang masa akan datang. Disini anda akan mula meluaskan jaringan pembaca blog anda.

3.3 Konsisten - Blog yang sentiasa dikemaskini dengan artikel terbaru akan mendapat pelawat yang berulang. Blog yang kerap dikemaskini juga akan disukai oleh enjin carian. Namun, berapa kerapkah yang mampu untuk kita kemaskini lebih-lebih lagi jika kita bukanlah 'blogger' sepenuh masa. 
Apa yang boleh kita lakukan adalah kemaskini sosial media untuk mengekalkan interaksi antara penulis dan pembaca.

Sebarang idea untuk ditambah sangat saya alu-alukan. Boleh berbuat demikian pada ruangan komen. Jika ada pertanya dan keraguan juga boleh ajukan. Saya cuba menjawab dengan kadar yang termampu.

Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Pemilihan Topik dan Idea Penulisan Blog
Pemilihan Topik dan Idea Penulisan Blog
Idea Penulisan Blog yang boleh membantu blogger-blogger baru untuk mendapatkan ilham.
https://3.bp.blogspot.com/-K1HQQ50egXE/V1WZJb8_AII/AAAAAAAACCY/k82MRp6v4BsrwQVCuWQ1Uoam8qqzRRa7QCLcB/s320/panduan%2Bmemilih%2Btopik%2Bblog.PNG
https://3.bp.blogspot.com/-K1HQQ50egXE/V1WZJb8_AII/AAAAAAAACCY/k82MRp6v4BsrwQVCuWQ1Uoam8qqzRRa7QCLcB/s72-c/panduan%2Bmemilih%2Btopik%2Bblog.PNG
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2016/06/pemilihan-topik-dan-idea-penulisan-blog.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2016/06/pemilihan-topik-dan-idea-penulisan-blog.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content