Pengalaman Bercuti di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam

Pengalaman bercuti ke Cameron Highland bersama keluarga, isteri dan 2 orang anak agak menyeronokan. Namun,

Ini merupakan percutian pertama aku dengan isteri dan anak-anak yang boleh dikatakan percutian yang rasmi yang kami lakukan.  Sebelum ini sekadar jalan-jalan di sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang yang tidak memerlukan kami mencari hotel untuk menginap.

Dalam artikel ini, aku akan kongsikan sedikit sebanyak langkah-langkah persediaan saat akhir percutian ke Cameron Highland yang aku lakukan pada cuti Krismas 2016.

1. Mencari Penginapan/Hotel/Apartment di Cameron Highland

Disebabkan aku membuat keputusan saat akhir untuk bercuti ke Cameron Highland, pada waktu ini kebanyakan hotel-hotel yang aku buat carian di internet telah pun penuh. Waktu ini, adalah seminggu sebelum Krismas kebanyakan hotel-hotel murah mampu milik di Cameron Highland telah pun penuh.

Senarai Homestay/Hotel/Apartment untuk disewa di Cameron (Maklumat dari rakan menerusi Whatsapp)

Terdapat beberapa cara untuk mencari penginapan di Cameron Highland yang aku lakukan ketika membuat perancangan saat akhir untuk ke Cameron Highland.

Pilih 1: Terlalu panjang untuk senaraikan disini. Jadi boleh klik pada pautan ini [pautan]

Kalau dilihat pada senarai yang ada, aku tak rasa korang pon sanggup untuk call satu persatu tempat menginapan terbabit.

Pilihan 2: Aku cuba menggunakan google map. Jadi korang taip sahaja homestay cameron highland, Hotel Cameron Highland atau Apartment Cameron Highland.

Nanti akan keluar pelbagai tempat siap dengan rating dan komen daripada pengguna.

Paparan Homestay di Cameron Highland menggunakan google map beserta rating


Pilihan 3: Jadi, aku cuba alternatif lain adalah menggunakan facebook. Korang boleh ke Group Cameron Highland di facebook.

Facebook group Cameron Highland

Jadi, di group ini aku dapat hotel untuk menginap di Brinchang. Aku sangat sarankan untuk ke group ini untuk minta pendapat dan kemaskini terbaru berkenaan kekosongan penginapan yang ada.

2. Tip Untuk Dapatkan Harga Penginapan Murah di Cameron Highland

Untuk mudah untuk mendapatkan tempat penginapan sebenarnya adalah menggunakan applikasi yang tersedia ada pada masa ini. Namun, berdasarkan pengalaman ketika aku bercuti ke Kuantan, kami penempah bilik menggunakan applikasi.

Setelah sampai di kauter, penjaga kaunter menerangkan kepada kami sebenarnya jika hubungi terus kepada mereka tanpa menggunakan applikasi, kita sebenarnya boleh dapatkan harga dengan lebih murah. Sejauh mana murahnya mungkin bergantung kepada sesebuah hotel itu sendiri.
  • Jadi, untuk mendapatkan harga yang murah, elak menempah menggunakan applikasi.
  • Cuba hubungi tempat penginapan secara terus tanpa melalui orang tengah
  • Cuba minta diskaun jika menginap pada tempoh yang lama
  • Cuba tanya kenalan, sebab kadang-kadang ada dikalangan kawan-kawan kita yang mempunyai 'kabel' disana

3. Persiapan Untuk Ke Cameron Highland

Disebabkan suhu di Cameron Highland adalah sejuk, jadi persiapan untuk anak-anak adalah penting. 
  • Baju Sejuk
  • Stoking Kaki (beli di Cameron, kalau dah ada boleh siapkan awal-awal)
Itu sahaja yang kami sediakan untuk anak-anak. Aku dan isteri tidak ada sweater apa pun. Walaupun sejuk, masih belum jauh untuk capai tahap beku/salji. Bernafas pon belum keluar asap, jadi tak perlu la untuk feeling duk oversea kalau sekadar ke Cameron Highland ni.

4. Merancang Perjalanan Untuk Ke Cameron Highland


Aku hanya buka google map dan kemudian pilih laluan dari Dungun melalui Gua Musang untuk ke Cameron Highland. 

Laluan pulang, aku pilih dari Cameron ke (Tersang- Sg Koyan) sebab aku rancang untuk bermalam di Kuantan dan bawa anak-anak ke Gambang Waterpark.

Pengalaman melalui jalan Sg Koyan dan Raub agak menakutkan pada pendapat aku. Mungkin sebab:
  1. Adalah kali pertama aku ke Cameron Highland.
  2. Bercuti pada musim hujan, dan ketika pulang memang hujan agak lebat
  3. Lewat keluar dari Cameron - sekitar jam 3 petang. Jadi perlu rancang keluar dari Cameron lebih awal supaya melalui jalan-jalan sempit ini pada waktu hari masih cerah.

5. Tempat Menarik Yang Sempat Kami Lawati

Tidak semua tempat aku dan keluarga sempat untuk melawat kerana pada waktu ini adalah waktu puncak dan kesesakan lalu lintas adalah sangat teruk terutamanya dari Tanah Rata ke arah Brinchang.
Sekitar Pasar Malam Brinchang, Cameron Highland




Himpunan Gambar Percutian Kami Di Genting Highland


6. Ringkasan
Perkara yang wajib apabila datang ke Cameron Highland adalah:
  • Jagung Mutiara
  • Strawberi/Strawberi Coklat
  • Ladang Teh - Jangan lupa ke Ladang Teh BOH
  • Taman Rama-rama - untuk hiburan anak-anak
Harga untuk hotel yang aku menginap RM170/day (weekend cuti sekolah,bilik KING) - Boleh dapat pada harga penginapan dengan bajet RM100-Rm200
3H2M : RM340
Makan dan Membeli Belah = RM300
Petrol = RM100

TOTAL: RM700-800
Name

Bercuti,1,Blogger,1,Blogging,5,Foto,3,Info Travel,4,Johor,1,Kedah,1,Kehidupan,4,Kelantan,2,Kerjaya,1,Kuala Lumpur,1,Makan,2,Melaka,2,N9,1,Pahang,4,Pemasaran,1,Penginapan,1,Penulisan,1,Perak,1,Percutian,3,Perlis,1,Rekreasi,2,Sabah,1,Sarawak,1,Selangor,1,SEO,1,Terengganu,8,Utama,4,Video,5,VTravel,4,Wordpress,1,
ltr
item
My Family Outdoor: Pengalaman Bercuti di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam
Pengalaman Bercuti di Cameron Highland 3 Hari 2 Malam
Pengalaman bercuti ke Cameron Highland bersama keluarga, isteri dan 2 orang anak agak menyeronokan. Namun,
https://1.bp.blogspot.com/-cWQ2GySx9ak/WG_IKYBYtKI/AAAAAAAACxM/yro016AZ9RkSRzq7a-z4MKxtp7EciZh4QCLcB/s200/20161223_181528%255B1%255D.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-cWQ2GySx9ak/WG_IKYBYtKI/AAAAAAAACxM/yro016AZ9RkSRzq7a-z4MKxtp7EciZh4QCLcB/s72-c/20161223_181528%255B1%255D.jpg
My Family Outdoor
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/01/pengalaman-bercuti-di-cameron-highland.html
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/
https://mazukiblog.blogspot.com/2017/01/pengalaman-bercuti-di-cameron-highland.html
true
876234714165308338
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content