Pencarian steamboat and grill di kelantan kali ini aku mencuba Thai BBQ and Steamboat di Food Village,PC, Kelantan. Apa yang menarik disini adalah...
Jika bercakap mengenai Restoren Steamboat and Grill, sudah pasti buat masa ini 'bench mark' aku adalah Seoul Garden yang harga tak berapa nak murah tu.
Untuk kali ini, aku pulang ke Kelantan untuk sekian kalinya jadi aku ingin mencuba Restoren Steamboat and Grill yang ada sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Setelah beberapa restoren yang aku cuba cari di internet akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba Food Village Steamboat and Grill yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kampung Baung, 16100 Kota Bahru, Kelantan, Malaysia | Lokasi GPS
Steamboat and Grill di Food Village sebenarnya adalah gaya Thai BBQ & Steamboat yang dipanggil Chim Chum.

Pilihan Makanan di Food Village
Untuk pilihan makanan untuk di Grill, apa yang aku perasan yang ada:
- Ayam
- Sotong
- Udang
- Daging
- Fish Ball, Hot Dog dan seangakatan dengannya
Untuk pilihan makanan yang telah tersedia dan terus boleh dimakan - kualiti rasa yang boleh tahan sedap juga.
- Nasi goreng
- Mee/Bihun/Kuey Teow Goreng
- Mee Celup
- Laksa
Untuk grill tiada daging kambing ketika lawatan aku untuk makan-makan.
Untuk Steamboat pula biasa tempat yang aku pernah pergi sebelum ini mereka gunakan Tom Yam, tetapi di Food Village PC mereka gunakan seperti Sup (maaf aku tak pasti sebab warnanya jernih aje).
Apa Yang Menarik Di Restoren Food Village Steamboat and Grill?
Yang menarik pada pendapat aku adalah rasa makanan yang telah tersedia kerana rasanya agak sedap kalau nak dibandingkan di sesetengah tempat yang aku pernah makan.
Jadi kalau ke sini, boleh la anda mencuba makanan-makanan yang telah tersedia itu selain daripada steamboat dan grill.
Gaya grill dan steamboat menggunakan arang - jadi agak berpeluh juga sebelum dapat makan.
Paling yang aku rasa tak berapa nak menarik adalah apabila bahagian untuk grill berada ditengah-tengah 'lautan' yang membuatkan selalu makan yang aku grill jatuh ke dalam kuah steamboat.
Dari segi keselesaan ketika makan - aku berpuah hati apabila makan bersama 2 orang anak dan isteri.
Sebab biasalah apabila makan bersama anak-anak kecil ada ketika mereka akan mahu bermain ketika kita menjamu selera. Jadi kawasan makan juga tidak terlalu padat jadi agak selesa.
Kolam ikan membuatkan anak lelaki aku tak nak pulang sebab dapat tengok banyak ikan dalam kolam tu secara dekat.
Makan 2 Dewasa, 2 kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Jumlah RM50. Sebab tak tanya banyak jadi aku buat anggapan RM25/dewasa.Paling yang aku rasa tak berapa nak menarik adalah apabila bahagian untuk grill berada ditengah-tengah 'lautan' yang membuatkan selalu makan yang aku grill jatuh ke dalam kuah steamboat.
Dari segi keselesaan ketika makan - aku berpuah hati apabila makan bersama 2 orang anak dan isteri.
Sebab biasalah apabila makan bersama anak-anak kecil ada ketika mereka akan mahu bermain ketika kita menjamu selera. Jadi kawasan makan juga tidak terlalu padat jadi agak selesa.
Kolam ikan membuatkan anak lelaki aku tak nak pulang sebab dapat tengok banyak ikan dalam kolam tu secara dekat.
Rabia tak pernah makan lagi steamboat
Delete