RM30k Dari Internet Ketika Masih Menuntut Di Universiti
Saya mula berblog dengan domain .com sendiri sekitar 2009 atau lebih tepat pada September 2009 ketika itu saya masih lagi sebagai penuntut di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Boleh dikatakan semua penyata pembayaran buat duit online ini saya terima ketika saya masih seorang pelajar.
Pendapatan online saya pula sejumlah besar datanganya daripada blog www.selangor2u.com melalui program pengiklanan daripada blog. Saya juga mempunyai beberapa blog lain pada ketika itu dan sememangnya program pengiklanan di blog adalah sumber pendapat utama saya ketika itu.
Tiada jalan singkat untuk mendapat kejayaan dalam buat duit online ini, lebih-lebih lagi dalam dunia blogging. Oleh kerana minat dan saya telah buktikan saya mampu untuk menjana pendapat secara online melalui blog. Saya mengambil masa lebih kurang setahun secara konsisten untuk belajar dan kemaskini blog saya sebelum saya mendapat pendapatan yang stabil daripada blog.
Lebih menyeronokan adalah ketika itu saya masih lagi seorang pelajar. Hasilnya saya tidak perlu untuk menyusahkan ayah dikampung untuk mengirimkan wang kepada saya setiap bulan untuk perbelanjaan harian.
1. Bukti Bayaran Daripada Google Adsense
USD4560.90 x RM3.2 (Secara puratanya) = RM14,594.882. Bukti Bayaran Daripada Nuffnang
RM2,618.16
3. Bukti Bayaran Daripada Innity
RM15,906.69
Jumlah Pendapatan Internet:
RM14,594.88 + RM2,618.16 + RM15,906.69 = RM 33,119.73
Pada penghujung tahun 2011, ketika saat saya telah mengetahui yang saya telah lulus dalam semua peperiksaan semester akhir saya telah membuat keputusan untuk berkongsi berkenaan cara buat duit secara online di forum tempatan. Pada ketika itu juga saya juga saya perlu membuat keputusan untuk meneruskan untuk mencari karier dalam bidang yang saya belajar di Universiti. Anda boleh terus membaca berkenaan kisah saya dengan dunia blogging dia laman Mengenai MazukiBlog
banyak tu bro.. :-)
Deletesuatu ketika dahulu... sebab dah kerja xdpt nak tumpu sangat... sbb tu aku cuba kongsikan apa yang aku buat dulu kat blog ni... sebagai kenangan aku dan juga nak pick up balik step2 yang aku buat dulu...
DeleteTahniah tuan ! Macam mana tuan kekalkan momentom menulis artikel di blog-blog tuan yer ?
DeleteIni cerita dulu la yea tuan...
Delete1. Masa perlu ada la... masa tu saya masih pelajar lebih2 lagi masa final year saya dah xbyk subjek...
2. Buat blog kena fikir topik nak sembang... (dulu saya buat isu semasa)
3. Idea untuk kembangkan idea... dari satu topik ke satu topik... sy hire writer dikalang rakan-rakan saya..